31 May 2013

Bercuti ke Langkawi untuk program cuti sekolah

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Apa program cuti sekolah anda?
Ada yang balik kampung, ada yang melancong, ada yang berkelah, ada yang berehat di rumah dan ada yang tidak cuti! Hehehe

Cantik gambar kapal terbang Air Asia ni kan?
Bagi yang mempunyai anak bersekolah, cuti sekolah adalah masa yang terbaik untuk bercuti. Jika diwaktu persekolahan, agak sukar untuk bercuti kerana akan melibatkan waktu persekolahan. Pendidikan anak perlu diutamakan bukan?

Bagi cuti pertengahan tahun persekolahan, 2 minggu agak lama jika tidak mengadakan sebarang aktiviti kepada anak-anak. Bayangkan jika 2 minggu mereka hanya berada di rumah, pasti bosan bukan?

Ini adalah aktiviti kedua kami untuk cuti sekolah kali ini. Sebelum ini, kami telah ke Aquaria KLCC (lupa entry belum buat) untuk program menghayati kehidupan laut :)

Percutian kali ini bukan sahaja Sop sekeluarga tetapi turut bersama ialah ayah dan emak Sop. Sop telah merancang untuk membawa mereka bersama. Emak Sop belum pernah sampai ke Langkawi dan ini pengalaman pertama buat Auni untuk naik kapal terbang juga :)

Penerbangan kami dari Kuala Lumpur bermula pada jam 12.45 petang dan tiba di Langkawi pada jam 1.45 petang. Walaupun penerbangan lebih kurang 1 jam, kami sempat memesan megi :) Tiba di Langkawi, hujan sedang turun. Namun ia tidak memberi sebarang masalah. Hehehe

Percutian kami ke Langkawi hanya 3 hari 2 malam. Kami menginap di De Baron Resort Langkawi yang terletak di Pekan Kuah. Review hotel ini akan dikeluarkan pada entry akan datang :)

Seperti biasa dimusim cuti sekolah, semua tempat pelancongan akan dipenuhi dengan orang bukan? Langkawi pasti menjadi destinasi pilihan ramai kerana banyak aktiviti boleh diadakan di sini. Shopping boleh,  berehat boleh, beriadah boleh dan macam-macam boleh :)

Galeri gambar:

Maggi kari pun sedap

Lapar rupanya bila naik kapal terbang :)

Hujan di Pulau Langkawi

De Baron Resort Langkawi

Di lapangan Terbang Langkawi


EmoticonEmoticon