Azwar pula yang demam

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Demam virus memang mudah berjangkit terutama kepada kanak-kanak atau bayi. Jika seorang demam, secara tidak langsung akan berjangkit kepada anak-anak yang lain.

Sebelum ini Auni, kemudian Azfar dan kini Azwar. Sudah cukup kitaran anak-anak Sop untuk demam!

Bagi Azwar, Sop tidak risau sangat demam kerana mudah sembuh. Antibodi sangat kuat dan dalam masa 1 hari biasanya akan sembuh demam.

Semalam terpaksa cuti sekolah kerana tidak sihat. Cikgu memang minta murid-murid tidak sihat berehat di rumah. Bukan sahaja kesiankan murid yang sakit tetapi juga untuk pastikan tidak berjangkit kepada murid-murid lain :)

Previous
Next Post »