Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung Ipoh

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Pernah makan nasi lemak ayam kampung di Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung Ipoh?

Sop baru pertama kali singgah makan nasi lemak ini semalam. Sebelum ini semasa datang ke Ipoh pernah lalu sahaja tetapi tidak pernah cuba :)

Bagi warga Ipoh, Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung ini tidak lagi asing kerana ia cukup terkenal.

Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung ini bukan sahaja menyediakan nasi lemak tetapi pelbagai menu menarik yang lain seperti masakan barat, masakan Thai, makanan laut dan sebagainya. Oleh sebab itu restoran ini cukup terkenal (pandangan Sop).

Selain dari menu yang pelbagai, Sop juga tertarik dengan penampilan (uniform) pekerja Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung Ipoh ini. Semua pakai pakaian seragam dari baju, seluar, ves dan tudung. Kelihatan mereka seperti pekerja hotel sahaja.

Selain itu, Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung menyediakan 3 jenis ruang untuk duduk iaitu ruang luar restoran, dalam restoran dan bilik VVIP. Sop mestilah suka melepak di luar restoran untuk menikmati udara segar (huhuhu)

Bagi yang ke Ipoh, pastikan anda singgah ke Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung Ipoh untuk mencuba sendiri menu di sini.

Previous
Next Post »