27 April 2013

Honda Gold Wing - Raja di Highway

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Kenal motosikal berkuasa tinggi Honda Gold Wing?
Motor yang cukup hebat, pasti ramai yang mengenalinya walaupun bukan peminat motosikal berkuasa tinggi :)


Kenapa Sop Honda Gold Wing sebagai raja highway?
Sebelum ini, Sop ada terserempak dengan superbike atau motosikal berkuasa tinggi yang lain tetapi belum pernah berselisih dengan Honda Gold Wing. Semalam ketika pulang ke Kuala Lumpur dari Ipoh terserempak Honda Gold Wing yang memotong laju.

Sop cuba follow Honda Gold Wing untuk melihat kelajuan Honda Gold Wing di lebuhraya tetapi agak terkejut kerana kelajuan 'maintain' motosikal Honda Gold Wing ialah sekurang-kurang 200km/j. Jika superbike, pasti tidak mampu untuk kekalkan kelajuan tersebut sepanjang perjalanan kerana faktor angin dan sebagainya. Superbike boleh cecah 300km/j tetapi bukan untuk tempoh yang lama. Jika untuk perjalanan jauh, biasa kelajuan biasa dalam 160 - 180kmj sahaja.


Sop agak teruja dengan motosikal Honda Gold Wing tersebut bukan sahaja kelajuan yang dikekalkan 200km/j di lebuhraya tetapi kerana pemandunya 'steady' sahaja dengan ada pembonceng lagi. Kelihatan seperti 200km/j seperti kelajuan biasa-biasa sahaja :)

Sop cuba mengejar tetapi tidak terdaya. Bukan sahaja motosikal berkuasa kecil tetapi rintangan angin tidak mampu untuk bertahan lama dengan kelajuan 200km/j. 200km/j itu pun dah kelajuan maksima bagi Kawasaki ER6N!! Huhuhu

Sekiranya anda ingin menjadi raja motosikal di lebuhraya, sila guna motosikal Honda Gold Wing.
Hendak tahu kenapa motosikal Honda Gold Wing laju?
Kuasa kuda motosikal Honda Gold Wing 3 kali ganda dari motosikal Sop. huhuh
Kategori pun berlainan yang mana Honda Gold Wing terletak bawah 'power sports bike'

Lawat http://powersports.honda.com/2013/gold-wing.aspx untuk maklumat lanjut :)

Harga? Model 2013 ialah RM165,000.00 apabila Sop rujuk di Mudah.my :) Telan air liur jab! Hehehe




EmoticonEmoticon