Tiket hilang, terbang RM20

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Pernah hilang tiket parking?
Perkara yang tidak seronok apabila pergi ke shopping complex kemudian dapati tiket parking hilang! Aduh mesti penat mencari untuk elak dari kena denda bukan?

Semalam Sop ke IKEA untuk beli sedikit barang dapur. Sop sedar tiket parking hilang ialah ketika membuat bayaran di kaunter IKEA yang mana pelanggan IKEA akan mendapat parking percuma. Cari punya cari, tidak dapat dikesan mana tiket parking tersebut. Seingat Sop ia berada dalam poket baju. Mumgkin tercicir semasa Auni bermain atau ketika keluarkan sesuatu.

Sop biasanya akan simpan tiket parking dalam beg duit kerana rasa selamat. Semalam memang hendak hilang agaknya sebab tanpa fikir panjang, Sop letak di dalam poket baju sahaja.

Setelah tiket parking hilang, Sop kena cari kaunter parking untuk mendapat tiket baru. Penalti RM20 dikenakan bagi kehilangan tiket parking. Rata-rata parking akan kenakan penalti RM10 -RM50 bagi kes kehilangan tiket parking bukan?

Oleh itu, sentiasa jaga tiket parking anda dan simpan di tempat selamat. Pesanan masyarakat ini dibawa khas oleh www.sop.name.my

Previous
Next Post »

1 comments:

Write comments
QasehnyaRania
AUTHOR
05 April, 2013 01:31 delete

naya kan kalau hilang.setakat i belom lagi la hilang

Reply
avatar