28 March 2013

Minum kopi di Dunkin Donuts Sungai Besi

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Suka minum kopi?

Sebenarnya Sop tengah tunggu hujan berhenti untuk ke Putrajaya. Beginilah ragam mat rempit, bila hujan kena berhenti dahulu. Perjalanan ketika hujan lebat bahaya juga walaupun ada baju hujan.
Jika hujan dapat berhenti di kedai memang bernasib baik. Boleh minum-minum tetapi jika bawah jambatan, kena minum air hujan sahaja. Kesian (huhuhu)

Sementara menanti hujan, boleh buat entry blog :)

Dunkin Donuts dulu antara restoran yang popular. Kira antara cafe yang hebat dan ramai yang suka melepak di Dunkin Donuts. Tetapi sekarang agak kurang mendapat sambutan pengunjung.
Mugkin kerana persaingan?

Jika dibandingkan dengan persaing terdekat iaitu Big Apple, pasti ramai lebih suka dengan Big Apple bukan?

Sop sendiri lebih suka dengan donut Big Apple yang lagi sedap.

WiFi pun tiada disediakan di Dunkin Donuts. Macam mana orang hendak lepak? Huhuhu

Lama pula hujan hendak berhenti. Banyak pula komen nanti Sop tulis pasal Dunkin Donuts. Huhuhu
Redah je lah?


EmoticonEmoticon