Lupa isi minyak selepas bayar

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Pernah lupa isi minyak selepas bayar?

Perkara yang terjadi kepada Sop baru-baru ini yang mana terlupa isi minyak selepas membuat bayaran.

Balik dari mesyuarat, banyak perkara bermain difikiran. Warning minyak kurang dari meter minyak menyebabkan terpaksa berhenti untuk isi minyak dahulu.

Selepas buat bayaran terus berlalu dan teringat kembali apabila melihat warning minyak masih kurang. Baru teringat minyak belum di isi!

Oleh kerana jumlah RM20 yang dibayar terpaksa pusing balik ke stesyen minyak tersebut. Oleh kerana jalan sehala, terpaksa buat pusingan agak jauh dengan jalan yang sesak! Adus.. Memikirkan jumlah agak banyak, terpaksa pusing juga! Kalau RM2 memang tidak berbaloi!

Nasib baik singgah di stesyen minyak, juruwang stesyen minyak tahu Sop masih belum isi minyak tersebut. Dia mungkin pelik kenapa Sop berlalu macam itu sahaja. Pening-pening!

Fikir balik, buat malu sahaja. Huhuhu

Previous
Next Post »