16 March 2013

Dahi Auni keluar telur

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Dahi Auni keluar telur?
Yer, betul-betul dahi Auni bertelur kerana saiz bengkak yang sama besar dengan telur ayam kampung.
Kejadian berlaku tengah hari tadi semasa di Pusat Perubatan Primanora Taman Tun Dr Ismail. Sejak boleh berjalan, Auni memang tidak pernah duduk diam. Berjalan ke sana dan ke sini. Jika di rumah memang tiada masalah kerana Auni telah biasa dan tempat yang berbahaya telah dihalang.

Di Pusat Perubatan Primanora, ruang menunggu adalah selesa dan Auni bebas berjalan ke sana ke sini. Sedang berjalan tiba-tiba Auni terjatuh dan dahi terhantuk kepada bucu almari TV. Bucu tersebut sangat tajam sehingga luka dan bengkak dahi Auni.

Selepas kena dahi Auni terus bengkak. Kami telah tuam dengan air suam dan juga ais. Namun bengkak masih tidak surut. Ketika ini entry hendak dipublish, dahi Auni masih lagi bengkak tetapi semakin surut.
Selepas ini kena lebih beri perhatian kepada Auni jika di tempat baru. Jika di rumah memang tiada masalah untuk Auni bebas berjalan.

Ada petua untuk hilangkan bengkak?

Dahi Auni keluar telur
Sakit!  lagi marah bila letak ais
Dahi Auni keluar telur
Forensik oleh Azfar
Dahi Auni keluar telur
Dah ada tanda di dahi Auni


EmoticonEmoticon