27 February 2013

Tukar template blog untuk semangat blogging

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Template baru SOP.NAME.MY
Template baru SOP.NAME.MY

Template blog memainkan peranan penting kepada sesebuah blog. Peranan tersebut bukan sahaja untuk trafik dan pelawat tetapi juga untuk pemilik itu sendiri. Sebelum memastikan pelawat suka dengan template blog kita, pemilik blog itu sendiri perlu suka dengan template tersebut.

Template blog Sop sebelum ini memang Sop suka dan tiada sebarang masalah. Beberapa bulan juga Sop terpaksa mengubah koding asal untuk menjadikan seperti kehendak Sop.

Kenapa ubah template?
Setiap kali mengubah template, blog akan kelihatan lebih segar. Bukan sahaja kepada pelawat tetapi pemilik itu sendiri.

Akhir-akhir ini mood berblog Sop agak merundum kerana masalah internet. Namun begitu, entry sentiasa dikeluarkan setiap hari tetapi semua penulisan melalui telefon bimbit. Operasi blogwalking agak perlahan kerana keadaan internet yang semput!

Apabila membuat penukaran template, mood untuk online kembali berkobar-kobar. Sebelum ini, agak jarang untuk Sop tidur lewat kerana letih dengan internet yang perlahan.

Operasi penukaran template memerlukan Sop mendapatkan internet yang lebih laju dan perlu dilakukan melalui laptop. Hendak atau tidak, terpaksa Sop mendapatkan WiFi 1Malaysia yang lama Sop tidak gunakan.

Proses kemaskini template blog juga menjadikan semangat Sop untuk online juga berkobar-kobar. Terdapat banyak lagi perubahan dan editing yang perlu dilakukan. Jika tidak siap, blog bagaikan belum sempurna dan hati tidak tenang!

Pemilihan template Sop seperti biasa bercirikan ringkas dan warna tema mesti warna biru.

Semoga template ini juga disukai oleh anda.

Ada sebarang cadangan?


EmoticonEmoticon