Baby Auni telah boleh berjalan sendiri

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Baby Auni telah boleh berjalan sendiri
Update tentang Baby Auni yang mana telah boleh berjalan sendiri.

Sejak umur 9 bulan Baby Auni telah menunjukkan kebolehan untuk berjalan tetapi masih belum yakin. Hanya bila dipegang tanganya baru Baby Auni berani untuk berjalan.

Pada umur 10 bulan, Baby Auni telah boleh bangun sendiri tanpa berpegang pada apa-apa. Apabila bangun, Baby Auni akan berjalan beberapa langkah sebelum jatuh. Sekarang ini, Baby Auni sering berlatih berjalan. Langkah Baby Auni semakin banyak apabila berjalan.

Paling penting Baby Auni semakin yakin untuk berjalan.
Selepas ini semakin aktiflah Baby Auni setelah boleh berjalan sepenuhnya :)
Baby Auni telah boleh berjalan sendiri
Previous
Next Post »