Tukar roller skate kepada roller blade

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Semalam ketika bermain roller skate di Titiwangsa, kasut roda Azfar dan Azwar tidak lagi muat. Mungkin kasut Supra yang dipakai terlalu besar hingga sukar untuk memakai roller skate tersebut. Malah di Tasik Titiwangsa, rata-rata menggunakan roller blade.

Oleh kerana telah lama juga Azfar dan Azwar telah pakai roller skate, tiba masanya untuk naiktaraf kepada roller blade. Habis sahaja bermain, kami terus ke Jusco untuk membeli roller blade. Beli yang murah sahaja dahulu, jika sudah pandai baru boleh beli yang lebih berkualiti :) Harga roller blade di Jusco ialah RM65 sahaja sepasang.

Setelah beli roller blade, bukan bersemangat lagi Azfar dan Azwar hendak bermain. Azwar seawal 8.00 pagi telah bersiap untuk bermain dan ajak ke Titiwangsa. Selepas bersarapan pagi, Sop hanya bawa bermain di bawah rumah. Cukup untuk test drive sahaja roller blade.

Roller blade lebih sukar untuk kawalan tetapi tiada maaalah untuk mereka bermain. Janji boleh lepas gian bermain, jatuh pun tidak apa. Huhuhu

Lepas ini perlu masukkan dalam jadual riadah untuk bawa mereka bermain selalu untuk pastikan mereka cepat pandai. Sop pun hendak main juga. Hendak juga keluarkan peluh. Huhuhu

Previous
Next Post »

2 comments

Write comments
Hasnul
AUTHOR
06 May, 2014 14:54 delete This comment has been removed by the author.
avatar
14 August, 2014 13:10 delete

nolskateputrajaya.blogspot.com

Reply
avatar