Roti Nan Cheese Meleleh - Restoran RSMY

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Roti Nan Cheese Meleleh - Restoran RSMY
Roti Nan Cheese Meleleh - Restoran RSMY 
Pernah makan Roti Nan Cheese Meleleh di Restoran RSMY, Kuala Lumpur?
Jika pernah pergi mesti tahu berapa banyak cheese yang ada dalam roti nan tersebut. Setakat ini, ini adalah roti nan yang paling banyak mengandungi cheese. Sampai meleleh cheese pada roti nan tersebut. Pizza pun tidak sebanyak itu yang diletak cheese :)

Jika mencuba rotin nan cheese di kedai mamak lain, kebiasaan mereka hanya mengguna cheese dari paket seperti Cheesedale dan sebagainya. Hanya boleh rasa cheese ada dengan tiada sahaja.

Berbeza dengan Roti Nan Cheese di Restoran RSMY yang mana jumlah cheese yang diletak dalam roti nan hampir sama banyak dengan saiz roti tersebut. Oleh sebab itu, apabila ditarik sahaja kepingan Roti Nan tersebut, akan keluar cheese sehingga meleleh!

Cukup puas makan Roti Nan Cheese di sini kerana rasa cheese melebihi rasa roti itu sendiri. Cicah pula dengan kuah kacang dal, tidak terbayang sedapnya! Yammy!

Harga juga cukup berbaloi iaitu RM5 sahaja sekeping. Jika makan seorang, kemungkinan tidak habis tetapi peminat cheese pasti rasa tidak cukup :)

Bagi rakan-rakan yang belum pernah ke Restoran RSMY ini, ia terletak di Medan Tuanku, Kuala Lumpur. Ia berdepan dengan Hotel Lotus dan bersebelah dengan Restoran Hanifa (mamak) serta berhampiran dengan Prescott Inn Medan Tuanku.

Peta Lorong Medan Tuanku:

Lihat Peta yang Lebih Besar

Galeri gambar:
Roti Nan Cheese Meleleh - Restoran RSMY

Roti Nan Cheese Meleleh - Restoran RSMY

Roti Nan Cheese Meleleh - Restoran RSMY

Roti Nan Cheese Meleleh - Restoran RSMY

Roti Nan Cheese Meleleh - Restoran RSMY

Roti Nan Cheese Meleleh - Restoran RSMY

Roti Nan Cheese Meleleh - Restoran RSMY

Roti Nan Cheese Meleleh - Restoran RSMY
  
Roti Nan Cheese Meleleh - Restoran RSMY

Roti Nan Cheese Meleleh - Restoran RSMY

Roti Nan Cheese Meleleh - Restoran RSMY

Roti Nan Cheese Meleleh - Restoran RSMY

Roti Nan Cheese Meleleh - Restoran RSMY



Previous
Next Post »