Pak John - Steamboat and Yong Tao Foo

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Pernah makan di Restoran Pak John - Steamboat and Yong Tao Foo?

Sop baru pertama kali mencubanya Restoran Pak John - Steamboat and Yong Tao Foo yang terletak di Wangsa Walk Kuala Lumpur. Ia baru lagi dibuka di Wangsa Walk. Cawangan di tempat lain Sop tidak pasti ada atau tidak. Bagi yang pernah cuba di tempat lain, bolehlah kongsi info yer :)

Restoran Pak John - Steamboat and Yong Tao Foo menyediakan makanan sama seperti namanya. Sebelum ini, Sop biasa makan steamboat hanya di Restoran Johnny dan Restoran Steamboat Pulau Ketam. Yang lain, steamboat buat sendiri di rumah Hehehe

Konsep Restoran Pak John - Steamboat and Yong Tao Foo yang hebat dari segi design dan susun atur dalaman. Perkhidmatan yang disediakan juga sama hebat dengan restoran.

Terdapat banyak pilihan menu yang disediakan untuk pilihan pengunjung. Apa yang Sop lihat ialah ia ada kesamaan dengan Restoran Steamboat Pulau Ketam dari segi menu yang disediakan. Cuma masing-masing ada keistimewaan tersendiri.

Cuma cadangan bagi pihak Restoran Pak John - Steamboat and Yong Tao Foo, sila sediakan senduk atau apa-apa yang boleh pengunjung ambil makanan dalam bekas steamboat tersebut. Tidak semua pandai menggunakan chopstik tu. Huhuhu

Galeri gambar:















Previous
Next Post »