Baby Auni makan nasi sendiri

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Bayi 9 bulan boleh makan nasi sendiri?
Boleh tetapi banyak yang jatuh dari masuk mulut. Huhuhu

Ini yang Baby Auni buat jika kami makan. Orang makan, dia pun hendak makan.

Untuk memastikan kami boleh makan dengan tenang, kenalah kami bagi juga sedikit nasi diletak khas dalam pinggan untuk Baby Auni. Dapat makan sendiri macam itu cukup seronok buat Baby Auni. Dia akan genggam nasi dan cuba masukkan ke dalam mulut. Dalam 1 genggaman itu, yang masuk ke mulut hanya 2 atau 1 biji nasi sahaja. Yang lain semua jatuh ke bawah. Adus!

Nasi pula berterabur abis sampai satu muka penuh. Bawah meja jangan cerita, semua jatuh ke situ :)
Jika tengah syok Baby Auni main tetiba ambil pinggan tersebut, akan dengar suara nyaringan Baby Auni. Dasyat! Seronok sangat agaknya. Huhuhu

Semasa bayar Sop terpaksa minta maaf kerana Baby Auni telah kotorkan kedai. Huhuhu
Previous
Next Post »