Restoran Kudu Bin Abdul

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Anda pernah makan di Restoran Kudu Bin Abdul?

Restoran Nasi Kandar Penang ini sangat popular dikalangan penggemar nasi kandar. Oleh sebab itu, ramai yang sanggup beratur panjang untuk mendapatkan hidangan nasi kandar di Restoran Kudu Bin Abdul ini.

Sop ada beberapa kali sahaja singgah makan tengah hari di sini. Agak malas untuk singgah kerana parking agak susah dan malas hendak beratur panjang :)

Menu nasi kadar di Restoran Kudu Bin Abdul ini biasa sahaja. Sama seperti restoran nasi kandar lain seperti ikan, ayam, kambing, udang, sotong dan sebagainya. Rahsianya ialah kuah kari yang dicampur semasa nasi dihidangkan. Semua kuah dicampur sikit-sikit dari semua jenis lauk yang ada. Itu yang menjadikan ia sangat sedap!

Bagi yang pernah makan di sini, pasti tahu keunikan masakan Restoran Kudu Bin Abdul ini.

Bagi yang belum, bolehlah singgah mencubanya. Ia terletak di Jalan Chow Kit, bersebelahan dengan pusat jualan kereta Honda. Guna Google Map pasti boleh jumpa :)





Previous
Next Post »

2 comments

Write comments
baby comel
AUTHOR
19 December, 2012 08:16 delete

Mmg smpai kena bratur panjang abg sop? Hehehe.. Baby kurang prefer mamak kat mamak ni :)

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
19 December, 2012 08:21 delete

beratur panjang baby...
mamak kemestian kat kl ni baby.. huhuhu

Reply
avatar