27 December 2012

Pengalaman pertama guna rokok elektronik

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Rokok Elektronik
Rokok Elektronik
Dalam entry sebelum ini, Sop ada menulis tentang rokok moden/rokok elektronik yang menjadi trend sekarang ini.

Ada yang bertanya ada kesan sampingan atau tidak rokok elektronik ini?
Rokok tradisional yang sah penuh dengan kesan negatif pun tetap orang hisap, apatah lagi yang masih tidak tahu kesannya. Hehehe Jika mengikut pengedar rokok elektronik ini, semua adalah baik berbanding rokok tradisional.

Sop telah membuat tempahan rokok elektronik ini melalui e-rokok.com iaitu pembelian secara online. Sebelum membeli online, Sop ada melihat-lihat harga di kedai yang mana kelihatan jauh lebih mahal berbanding membeli secara online. Setelah diteliti kedai online tersebut, kelihatan boleh dipercayai. Baru Sop membuat pesanan melalui online.

Perkhidmatan e-rokok.com sangat baik yang mana cukup cepat dan episyen. Mereka menggunakan e-shop untuk pembelian yang mana sangat memudahkan pembeli. Selepas pembayaran dibuat, mereka membuat pengesahan bayaran dan memberi link untuk semak nombor rujukan Pos selepas pengeposan dibuat. Sop bayar hari Ahad, hari Isnin pesanan telah direkodkan dan pengeposan telah dibuat. Oleh kerana cuti Krismas pada hari Selasa, hari Rabu baru Sop terima rokok elektronik tersebut dari Pos Laju.

Sop hanya mengambil set permulaan sahaja untuk rokok elektronik ini. Model yang dibeli ialah EGO E2 dengan harga RM140. Pakej yang disediakan ialah seperti berikut:
  • 1x 650mah bateri [Fungsi Klik 5x ON/OFF]
  • 1x CE5 V3 Clearomizer
  • 1x Wall Charger
  • 1x USB Cable
  • 1x Ego Bag(L)
Hari ini baru berpeluang mencuba rokok elektronik ini. Sungguh berbeza dengan rokok tradisional tetapi Sop suka dengan rasanya. Sangat boleh membantu menggantikan rokok tradisional.

Tadi Sop ke kedai yang menjual e-liquid atau cecair perasa di Plaza Idaman, Gombak. Terdapat beberapa jenis perasa yang boleh didapati seperti epal, limau, blackcarrent, peach, dan macam-macam lagi. Akhirnya Sop beli perasa tembikai susu kerana suka rasanya :)

Kepada yang cuba untuk berhenti merokok rokok tradisional, rokok elektronik ini boleh dijadikan sabagai satu cara. Sejak Sop hisap rokok elektronik ini, ia boleh hilangkan rasa untuk merokok rokok tradisional.

Rokok Elektronik
Bungkusan Pos Laju

Rokok Elektronik
Bekas Rokok Elektronik

Rokok Elektronik
Dalam bekas Rokok Elektronik

Rokok Elektronik
Set Rokok Elektronik




EmoticonEmoticon