05 December 2012

Bercuti dengan tambang murah

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Musim cuti sekolah adalah masa sesuai untuk bercuti kerana boleh mengisi masa lapang anak-anak. Oleh kerana itu, kebanyakkan hotel dan pusat pelancongan penuh ketika ini. Bagi yang mampu, bolehlah melancong ke luar negara dan bagi yang belum habis melawat negara, pastikan bercuti dalam Malaysia dahulu kerana negara kita banyak destinasi menarik :)

Sekarang ini, banyak tawaran murah disediakan oleh pihak penerbangan. Tiket-tiket dijual dengan harga promosi cukup murah dan juga tarawan pakej yang menarik. Apa yang perlu hanyalah kita pandai merancang dan mencari tawaran terbaik.

Jika hendak mendapat tawaran murah, pengguna perlu pandai mencari promosi yang ditawarkan. Walaupun tempoh promosi masih jauh, adalah berbaloi-baloi merancangnya. Dalam mencari promosi termurah, aspek berikut perlu diambil perhatian:
- Tempat yang hendak dipergi
- Masa bertolak
- Tempoh pelancongan
- Waktu percutian
- Tawaran harga

Sop pernah terlepas percutian ke Vietnam kerana tiket yang dibeli bertindan dengan tugasan pejabat yang mana tarikh tersebut tidak boleh bercuti. Tiket telah dibeli awal-awal lagi untuk promosi murah. Bila tarikh sudah dekat, baru dapat tahu tidak dapat bercuti, rugi bukan? hehehehe

Kepada yang yang sedang mencari tiket murah, pastikan buat perancangan yang betul. Selamat bercuti kepada yang sedang bercuti :)


EmoticonEmoticon