Sop berada di Pulau Pangkor


Selamat sejahtera dan salam Maal Hijrah kepada semua rakan.

Cuti yang bersambung dengan cuti sekolah ini bukan sahaja meriah dengan kenduri kahwin tetapi ramai juga yang pergi bercuti. Hanya mohon 3 hari cuti, pekerja boleh dapat seminggu bercuti.

Pada asalnya Sop merancang untuk ke Johor untuk bercuti tetapi terpaksa dibatalkan kerana Sop perlu hadir bertugas pada hari Rabu. Perancangan diubah daripada Johor ke Pulau Pangkor. Kami hanya ke Pulau Pangkor dari hari ini (Khamis) hingga Sabtu sahaja. Cukuplah untuk berehat kan?

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pangkor bermula jam 9.00 pagi. Perjalanan ke Lumut berjalan lancar dan kami tiba di jeti pada jam 2.30 petang.

Terima kasih kerana membaca entry ringkas ini. Entry penuh percutian ke Pulau Pangkor akan dibuat selepas Sop balik ke Kuala Lumpur nanti. Laptop tidak bawa, hanya boleh update menggunakan handphone sahaja. Hehehe
Previous
Next Post »