Restoran dengan hiburan karaoke di Port Dickson

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Seperti entry sebelum ini, Sop sedang berada di Port Dickson atas urusan kerja dan menginap di Cosa Rochano Beach Resort.

Apabila selesai slot malam, pasti ingin perkena teh tarik bukan?
Di Port Dickson, ada banyak restoran yang dibuka untuk pilihan pengunjung. Namun ada restoran yang menyediakan hiburan karaoke untuk tarikan pengunjung bukan sahaja untuk makan tetapi menyanyi juga.

Tarikan tersebut kelihatan berjaya kerana kelihatan ramai pengunjung yang singgah makan dan minum. Bukan sahaja golongan muda mudi tetapi secara keluarga juga.

Untuk karaoke, cas dikenakan ialah RM5 untuk 3 buah lagu. Pentas disediakan di depan meja makan membolehkan pengunjung boleh turut berhibur sambil menjamu selera. Bagi yang pemalu pasti tidak akan berani untuk menyanyi di sini. Bukan mudah untuk menyanyi di depan orang ramai bukan?

Sepanjang Sop minum di situ, kelihatan ramai golongan berumur yang menyanyi berbanding golongan muda. Malah masing-masing boleh dikatakan hebat menyanyi kerana suara nyanyian sedap belaka :)
Untuk malam, kami hanya makan ringan-ringan seperti burger, roti bakar dan mee bandung. Bagi yang hendak makanan goreng, pelbagai jenis masakan ada disediakan. Gerai ikan bakar turut ada dijual di situ :)

Sop lupa pula nama restoran tersebut. Ia berhampiran dengan Taman Politeknik Port Dickson. Dari hotel Sop duduk tidak jauh, hanya keluar ke jalan utama Port Dickson sahaja :)

Bagi yang bercuti atau bertugas di Port Dickson, bolehlah singgah minum-minum atau makan di restoran tersebut.

Galeri gambar:
Restoran dengan hiburan karaoke di Port Dickson
Pentas karaoke

Restoran dengan hiburan karaoke di Port Dickson
Penyanyi otai

Restoran dengan hiburan karaoke di Port Dickson
Burger ayam

Restoran dengan hiburan karaoke di Port Dickson
Mee bandung
Nota kaki: Gerai yang ada di Taman Melawati ada lagi orang karaoke? Zaman bujang dulu sahaja pernah pergi lepak.. Hehehe
Previous
Next Post »