12 November 2012

Musim kenduri kahwin bermula

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Musim cuti sekolah adalah masa paling sesuai untuk diadakan kenduri perkahwinan. Setuju?

Oleh sebab itu ramai yang memilih masa cuti sekolah untuk diadakan majlis perkahwinan. Bukan kerana pengantin adalah murid sekolah atau guru tetapi semasa cuti sekolah kebanyakkan ramai mempunyai kelapangan, mudah untuk bercuti dan suasana kurang sibuk.

Dihari persekolahan, ibubapa agak sibuk menguruskan persekolahan. Jika hendak berjalan jauh pun susah, hendak cuti pun susah dan sebagainya. Masyarakat Malaysia mementingkan anak-anak bersekolah untuk menuntut ilmu. Setuju?

Sop sendiri dulu mengadakan majlis perkahwinan pada cuti sekolah. Sedara mara dari kampung pun mudah untuk datang ke Kuala Lumpur untuk kenduri.

Jika pengantin atau keluarga pengantin adalah guru, pasti cuti sekolah menjadi tarikh pilihan utama.

Selain dari kepentingan keluarga pengantin mudah menguruskan majlis pada musim cuti sekolah, jemputan juga memerlukan masa yang sesuai. Jika pemilihan tarikh tidak sesuai, ramai pula tetamu yang tidak dapat hadir nanti.

Kepada yang melangsungkan perkahwinan pada cuti sekolah ini, Selamat Pengantin Baru Sop ucapkan.

Sop lihat ada ramai juga blogger yang melangsungkan perkahwinan cuti sekolah ini. Tahniah!


EmoticonEmoticon