Motosikal pun kena rakam dengan AES

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Sistem AES yang dipasang untuk menangkap kenderaan yang melebihi had laju yang ditetapkan telah mendatangkan pelbagai reaksi pengguna jalan raya. Ada yang membantah dan ada yang setuju.

Tengah hari tadi balik dari Hotel Concorde KLIA lalu jalan lebuhraya utara selatan dengan motosikal. Sampai sebelum exit Kajang, flash terpancul dari kamera AES. Kuat juga flash dia sampai macam kilat. Hehehe Mesti terang gila muka Sop dalam gambar tu :)

Tidak sangka, motosikal melebihi kelajuan pun dia rakam. Agak-agak Sop kena tak saman? (risau-risau) Hehehhe

Lepas ini naik motosikal pun kena pasang aplikasi pengesan AES pada telefon. Tapi macam mana hendak tengok sebab hanphone dalam poket seluar :)

Anda pernah kena rakam dengan AES ini?
Previous
Next Post »