Menonton The Twilight Saga Breaking Down

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Sudah menonton filem The Twilight Saga Breaking Down?
Sop baru sahaja menonton filem The Twilight Saga Breaking Down petang tadi di MBO Festival City Danau Kota.

Filem The Twilight Saga Sop telah ikuti sejak siri pertama lagi dan Mrs Sop telah juga beli semua DVD filem ini. Kisah pontianak dan serigala kejadian yang seronok dilihat dengan jalan cerita yang menarik. The Twilight Saga iaitu bahagian pertama sebelum ini memberi banyak persoalan sehingga membuatkan tidak sabar menunggu bahagian terakhir.

Banyak persoalan terjawab salam bahagian kedua siri terakhir The Twilight Saga ini seperti kesudahan Bella, Jacob, Aro dan sebagainya. Bagi yang telah membaca kesemua novel The Twilight Saga pasti tahu kesudahan cerita ini.

Detik mencemaskan apabila keluarga Edward akan berlawan dengan kumpulan Aro mana jauh lebih kuat. Mereka juga mempunyai ahli dengan keupayaan yang berbeza.

Bella yang telah menjadi pontianak mempunyai kekuatan yang berbeza dan keistimewaan yang tersendiri.

Anak Bella yang menjadi separuh manusia dan pontianak telah diketahui oleh Aro. Oleh kerana menyangkakan anak tersebut adalah pontianak abadi, keluarga Edward dikatakan telah membuat kesalahan.

Alice yang telah mendapat ramalan tentang kumpulan Aro akan menyerang mereka menjadikan penonton tertanya-tanya siapa akan memenangi pertarungan tersebut. Beberapa rakan pontianak mereka dipanggil untuk membantu dan kumpulan serigala jadian diketuai oleh Jacob juga bersetuju untuk membantu mereka.

Siapa yang akan memenangi pertarungan tersebut?
Siapa yang telah menonton pasti tahu kesudahannya :)

Bagi yang belum menonton dari episod awal The Twilight Saga, perlulah menontonnya dahulu dan baru anda akan faham keseluruhan cerita. Filem yang seronok untuk ditonton kerana ia mengisahkan banyak perkara seperti percintaan, kekeluargaan, persahabatan dan sebagainya.

Paling best, cerita ini "happy ending". Hehehe



Previous
Next Post »