Azfar telah tamat Pra Sekolah

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Azfar telah tamat Pra Sekolah
Anugerah Cemerlang Bahasa Malaysia Pra Sekolah
Semalam adalah hari terakhir Azfar bersekolah di pra sekolah. Dalam Majlis Anugerah Cemerlang 2012 di SK Taman Seri Rampai, semua murid Pra Sekolah telah menerima sijil dan anugerah yang berkaitan.

Ini adalah tahun kedua Azfar mengikuti kelas pra sekolah di SK Taman Seri Rampai. Tahun lepas kami bertuah kerana Azfar diterima masuk ke kelas pra sekolah pada umur 5 tahun kerana ada kekosongan. Semasa majlis anugerah tahun lepas, Azfar telah menerima sijil pra sekolah tetapi tidak memenangi sebarang anugerah. Namun tahun ini, Azfar telah terpilih untuk anugerah Bahasa Malaysia Terbaik Pra Sekolah.

Terima kasih kepada guru Pra Sekolah, Pembantu Pengurusan Murid, guru-guru dan guru besar SK Taman Seri Rampai yang telah mengajar dan mendidik Azfar selama ini.

Yey! Tahun depan Azwar pula bersekolah di Pra Sekolah SK Taman Seri Rampai :)

Azfar telah tamat Pra Sekolah
Tahniah Azfar
  
Azfar telah tamat Pra Sekolah
Gambar kenang-kenangan bersama semua

Azfar telah tamat Pra Sekolah
Sudah kenalkan Azwar dengan bakal cikgunya tahun depan :)

Previous
Next Post »