Siapa masih beli ais krim motosikal ini?

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Ais krim motosikal yang datang ke kampung-kampung, taman-taman dan kawasan rumah menjual ais krim adalah memori yang dilalui oleh ramai orang di zaman kanak-kanak.

Jika dulu, agak sukar untuk mendapatkan ais krim yang menggunakan kon dan ais krim skop. Ais krim batang biasa ada dijual dikedai-kedai runcit terutama ais krim Malaysia :)

Sop dulu suka dengan ais krim roti kerana lebih kenyang apabila makan. Lagipun bukan selalu boleh beli ais krim ini. Jika ada motosikal penjual ais krim ini pasti berkejaran mengejarnya. Sesekali dapat, sungguh enak bukan? Hehehe

Sekarang ini, ais krim boleh dapat di merata-rata pasar raya. Harga juga lebih murah. Boleh beli 1 bekas dan makan puas-puas. Kon juga ada dijual jika hendak makan dengan ais krim.

Jika di pantai-pantai, pusat pameran pesta, aktiviti orang ramau atau acara tertentu, kelihatan motosikal ais krim masih ada menjual ais krim ini.

Sekarang ini masih ada motosikal ais krim yang menjual di sekitar rumah anda?
Previous
Next Post »