Seminggu lalok kerana ubat selsema dan batuk

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Semua sihat hari ini?
Sekarang ini ramai yang tidak sihat (Sop rasa) kerana setiap tahun ada musim tidak sihat. Ia bagaikan penyakit berjangkit yang mana ada bulan-bulan tertentu ramai akan tidak sihat.

Kebiasaan perkara ini berlaku kerana berjangkit dan perubahan cuaca. Ada penyakit yang boleh berjangkit seperti demam virus, selsema dan batuk.

Selepas balik dari Melaka minggu lepas Sop kurang sihat dan demam selsema serta batuk. Mungkin berjangkit dari Mrs Sop yang telah batuk dari awal lagi.

Sejak itu, setiap malam tidur awal kerana lalok selepas makan ubat. Tahu sahaja ubat batuk dan selsema, mengantuk giler! Tidur memang puas hati kerana jarang Sop tidur awal. Hehehe
Previous
Next Post »

2 comments

Write comments
akuzle ayu
AUTHOR
03 October, 2012 13:33 delete

Lama x jengah Sop. Tgk2 Sop demam plaks. Lama juga. Hub pon demam 2 hari x kebah2. Org laki neh perisai kuat sgt kots.. Heheheh

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
03 October, 2012 13:40 delete

Itu lah kak. Kalau demam susah nak baik tp susah plak nak demam. Hehehe
Thx kak azie sbb singgah

Reply
avatar