Official Rip Curl Malaysia Riders dan The Terengganu Rip Curl Pro 2012

Pada Isnin lepas (15 Oktober 2012) Rip Curl (Malaysia) telah mengumumkan menandatangani perjanjian "Official Rip Curl Malaysia Riders" selama setahun dengan peluncur handalan negara iaitu Bryan Ng and Brenda Lee dalam majlis yang telah diadakan di 1Utama, Kuala Lumpur.


Brenda, Suhaimi dan Bryan
Brenda Lee merupakan peluncur wanita utama di negara ini. Hasil kejayaan, penglibatan dan pencapaian mereka dalam sukan luncur air ini menjadikan mereka aset utama kepada jenama Rip Curl (Malaysia).

Rip Curl Malaysia melihat kedua-duanya mempunyai potensi yang besar dalam sukan peluncuran dan boleh berkembang ke tahap yang lebih tinggi bersama jenama yang dibawa akan menarik lebih ramai wanita untuk menceburi sukan ini. Sasaran kepada golongan wanita untuk menyertai sukan peluncuran air boleh memberi ruang untuk peluncur tempatan mengembangkan bakat, melahirkan lebih ramai peluncur profesional, mengembangkan komuniti sukan peluncur dan melahirkan jaguh peluncur air negara.

Vivian Chew, Penolong Pengurus Rip Curl Malaysia memaklumkan acara 6-STAR PRO SURF yang akan diadakan pada tahun ini membuktikan mereka berada dilaluan yang betul dengan memilih 2 peluncur tersebut untuk mewakili jenama Rip Curl.

Selain itu,  Rip Curl Malaysia juga menyambung perjanjian peluncur rasmi  Rip Curl Malaysia dengan peluncur muda negara iaitu Mohd. Suhaimi (Semmy) yang berusia 17 tahun berasal dari Cherating, Pahang.

Dari kiri - Jon Lee, Bryan Ng, Brenda Lee, Vivian Chew, James Hendy dan Semmy
Dalam majlis yang sama, Rip Curl Malaysia telah mengumumkan "Terengganu Rip Curl 6-star Pro Surf Contest" pada 30 November 2012 hingga 2 Disember 2012. Rip Curl Malaysia dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu akan menganjurkan pertandingan tersebut yang akan diadakan di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu.
Pelancaran Rasmi The Terengganu Rip Curl Pro 2012
Pertandingan "The Terengganu Rip Curl Pro" dengan kelulusan Asian Surfing Championship (ASC) akan disertai oleh peserta dari Asia Tenggara akan bertanding dalam 5 kategori iaitu "Men’s Open, Women’s Open, Master Division and Bodyboard Open, dan Longboard Open". Hadiah berjumlah lebih RM40,000 akan dimenangi pemenang dalam pertandingan tersebut.

Semasa pertandingan tersebut, beberapa aktiviti lain turut dijalankan kepada umum iaitu maklumat sukan peluncuran air. Antara aktiviti yang akan diadakah ialah pameran kesenian papan luncur oleh Mr. Rizald dari Bali, Indonesia, demontrasi membuat papan luncur dan kelas belajar meluncur kepada pengunjung. Jonni Morrison – Deaker, dari Rip Curl Bali Surf School akan memberi pendedahan tentang luncur air ini.

Mr James Hendy - Marketing Manager of Rip Curl SEA
Dengan penganjuran pertandingan ini, ia menjadikan Malaysia salah satu destinasi peluncur air profesional dan menarik lebih ramai rakyat Malaysia menyertai sukan peluncuran air ini. Ia juga memberi ruang dan pengalaman kepada rakyat Malaysia untuk menyertai acara sukan pelucuran air bertaraf dunia.

The Terengganu Rip Curl Pro 2012 dianjurkan oleh EC Extreme Resources dan disokong oleh S.U.K Terengganu, Kementerian Pelancongan Malaysia, Kementerian Pelancongan Terengganu dan Rip Curl Bali Surf School.

Kepada peminat sukan luncur air ini, pastikan anda akan ke The Terengganu Rip Curl Pro 2012 nanti. Rakyat Terengganu pula jangan ketinggalan melihat dengan lebih dekat tentang sukan luncur air dan rasai sendiri pengalaman dengan hadir ke pameran dan pertandingan tersebut.

Siapa-siapa berminat untuk dapatkan pakaian meluncur, bolehlah ke Rip Curl 1Utama :)

Previous
Next Post »

2 comments

Write comments
Sop Nama Saya
AUTHOR
18 October, 2012 13:00 delete

Bro masuk ker?
Bro salah seorang peluncur kan. Hehhe

Reply
avatar