18 October 2012

DSLR mana sesuai dan murah?

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Digital Single Lense Reflax Camera atau DSLR menjadi kegilaan remaja sekarang ini. Jika dulu, DSLR hanya menjadi kegunaan juru kamera profesional sahaja tetapi sekarang budak sekolah pun angkut DSLR.

Sop agak lama telah berminat dengan DSLR tetapi belum kesempatan untuk memilikinya kerana takut tidak terguna atau terbawa. Maklum sahaja, hendak bawa DSLR perlu bawa satu beg khas untuk dia. Beg anak-anak pun sudah penuh 1 beg barang yang dibawa jika berjalan.

Cuma sekarang ini, tidak perlu angkut beg susu kerana Baby Auni hanya menyusu badan manakala Azfar dan Azwar sedikit besar. Kalau tidak mesti angkut bekas air panas, air sejuk, susu dan botol susu apabila keluar berjalan. Oleh sebab itu Sop pakai kamera Lumix, Panansonic sahaja. Senang masuk poket! Hehehe

Sekarang ini rasa berminat untuk pakai DSLR telah kembali. Lagipun kelihatan blogger semua pakai DSLR. Segan pula apabila ada acara hanya bawa kamera kompak! Hehehe Bila pakai DSLR baru boleh kelihatan blogger sejati (hahahah merapu)

Bagi yang tahu atau ada pandangan, apa jenis DSLR yang sesuai dengan harga termurah?


EmoticonEmoticon