Blog Review: Permata Perjuangan

Selamat sejahtera kepada semua rakan. Moga ceria-ceria selalu.

http://permataperjuangan.blogspot.com
Blog review untuk hari ini diteruskan dengan blog dimiliki oleh Waalid atau nama sebenar ..... [jeng jeng jeng] Sop pun tak tahu. Pemiliknya membahasakan diri beliau dengan Waalid [nama sebenar ker?]

Blog Permata Perjuangan merupakan blog perkongsian maklumat dan juga peribadi ini sangat menarik dari segi pemilihan template dan header juga hebat. Sop paling suka ruangan Tazkirah yang terdapat dalam blog Permata Perjuangan.

Sop juga suka dengan footer entry yang Waalid masukkan seungkai kata. Ia memberi kesan yang baik kepada pembaca. Boleh digunapakai juga nih dalam blog Sop :)

Blog Permata Perjuangan telah bermula pada Julai 2011. Telah setahun blog Permata Perjuangan telah dibina. Pastinya ramai yang telah mengenali blog ini berdasarkan komen-komen yang diterima.

Dari segi blog, tiada yang Sop ingin komen kerana semua dalam keadaan baik. Apa yang perlu hanya tambah entry-entry yang berkongsi info dan maklumat. Kelebihan dan minat yang ada pada Waalid boleh dikongsi bersama pembaca dengan sesuaikan dengan nama blog. Ramai yang suka dengan entry perkongsian yang ditulis oleh Waalid (berdasarkan jumlah share FB).

Semoga Waalid akan terus berkongsi dengan pembaca :)

Kepada rakan-rakan, jom terjah blog Permata Perjuangan.
Previous
Next Post »

4 comments

Write comments