02 October 2012

Blog Review: Angel Love Soldier

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Siapa suka askar?
Kalau kanak-kanak mesti suka dengan askar kerana boleh pegang senapang, boleh berperang dan paling penting segak dengan pakaian seragam. Jika Izabel Diaz, kenapa pula? Mungkin buah hati beliau ialah askar kot? hehehehe

http://angellovesoldier.blogspot.com/

Blog Review untuk hari ini ialah blog Angel Love Soldier.

Sop suka dengan header yang digunakan oleh blog Angel Love Soldier kerana sesuai dengan nama blog. Jika doodle lelaki diberikan baju askar mesti lagi cun :) Boleh ditambah dengan URL dan diskripsi blog lagi menarik pada header tersebut :)

Blog Angel Love Soldier pada pendapat Sop blog yang menarik dari segi kekemasan template. Warna yang digunakan menarik dan sejuk mata memandang :) Sop tiada sebarang masalah dengan blog Angel Love Soldier. Apa yangboleh ditambah ialah widget related post dan entry popular untuk lebih promosi entry.

Setiap blog, paling utama ialah entry atau post. Ia adalah perkara utama kepada blog. Akhir-akhir ini, Sop lihat blog Angel Love Soldier lebih banyak sertai segmen dan kurang dengan entry blog peribadi. Segmen bagus untuk sertai tetapi entry blog lebih penting. Buat perancangan penulisan jika Isabel Diaz kurang idea atau kehabisan idea.

Lebih baik diselang-seli antara entry dan segmen untuk menampakkan blog kita bukan sekadar blog segmen :)

Kepada rakan-rakan, sila lawat blog Angel Love Soldier dan nyatakan pandangan anda pula :)


EmoticonEmoticon