Anak-anak apabila ke Mc D

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Apabila melalui Mc D, masing-masing kata lapar. Hendak makan burger lah, hendak makan kentang lah, hendak makan naget lah! Bila beli set Happy Meal, semua suka kerana boleh dapat mainan mingguan. Adus!

Jika lalu depan Mc D, Azfar dan Azwar akan singgah melihat promosi mainan untuk minggu ini. Jika ada mainan yang menarik pasti tergedik untuk makan di Mc D. Tahu boleh beli sahaja mainan di Mc D dengan harga RM5 tetapi malas hendak layan :)

Jika dapat permainan bukan tahan lama. Hanya untuk 2 atau 3 hari sahaja bermain. Lepas itu buang merata-rata! Semua anak-anak macam itu ker? Hahahaha

Apa-apapun sekali sekala layan la juga permintaan mereka. Jika selalu memang buat tak tahu sajalah! Contohnya minggu ini hendak, minggu depan pula, minggu lagi satu. Amboi, ingat Sop owner Mc D? Hehehehe

Anak anda suka dengan mainan Mc D?






Previous
Next Post »