Ride pulang ke Kuala Lumpur

Selamat sejahtera dan Selamat Hari Malaysia kepada semua rakan.

Hari ini adalah hari perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas 3 hari berada di sini. Urusan di Kuala Terengganu telah selesai dan Sop sempat juga singgah ke rumah orang tua Sop pada hari Jumaat.

Walaupun banyak story mory yang hendak dikongsi tetapi kesibukan aktiviti di sini membuatkan Sop tidak sempat untuk menulis. Buka laptop, WiFi hotel sangat perlahan dan badan pula kepenatan.

Semua entry berkaitan dengan berada di Kuala Terengganu hanya menggunakan telefon. Hendak post gambar banyak, network pula hanya gprs. Kalau post banyak gambar pasti gagal publish entry kerana lama untuk upload gambar.

Doakan agar perjalanan Sop selamat sampai ke destinasi dan tidak hujan. Sejuk kena hujan jika ride. Heheheh

Terima kasih kerana membaca entry ini :)
Previous
Next Post »