20 September 2012

Perbandingan Galaxy S3 (S Voice) vs iPhone 4S (Siri)

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Semasa layan-layan Youtube tadi, tertarik dengan perbandingan yang dibuat antara Galaxy S3 (S Voice) vs iPhone 4S (Siri). Teknologi yang terkini yang mana sebelum ini hanya boleh dilihat dalam filem-filem fiksyen sahaja. Pembantu maya ini sangat membantu pengguna dengan ucapan sahaja.

Semasa Siri dikeluarkan oleh Apple dalam iPhone, banyak aplikasi yang telah dibangunkan oleh pembangun aplikasi untuk bersaing dengan siri. Masa itu, Sop ada install beberapa aplikasi Android untuk mencuba juga.

Sekarang ini, S Voice terus tersedia dalam Android versi terkini. Tidak perlu untuk install-install untuk menggunanya.

Jika dilihat antara kedua-dua aplikasi Galaxy S3 (S Voice) vs iPhone 4S (Siri), tidak banyak bezanya tetapi masih ada perbezaan. Jika pendapat Sop, S Voice lebih mantap berbanding Siri. Contohnya dari segi arahan yang diterima dan susunan ayat. Malah, S Voice boleh dipanggil sahaja untuk aktikannya tanpa menekan butang mikrofon tersebut.

Apa-apapun, jom tonton video tersebut dan anda buat perbandingan sendiri :)



EmoticonEmoticon