11 September 2012

Peraduan Ucapan Hari Lahir Sop

Selamat sejahtera kepada semua rakan. Moga ceria-ceria selalu.

Peraduan Ucapan Hari Lahir Sop
Peraduan Ucapan Hari Lahir Sop
Seperti yang diwawarkan dalam entry sebelum ini, Sop bercadang untuk mengadakan Peraduan sempena ulang tahun kelahiran Sop yang ke 18 (muda lagi Sop rupanya Hahahaha) pada awal September yang lalu. Agak terlewat dan terbabas dari perancangan asal kerana kesibukan dengan tugasan harian.

Sepatutnya birthday boy yang dapat hadiah bukan?
Tetapi kerana sudah tua-tua macam ini, takkan hendak hadiah lagi bukan?
Apa kata Sop pula yang bagi hadiah! Hehehe

Jika anda hendak hadiah, sila sertai peraduan Ucapan Hari Lahir Sop. Hadiah yang ditawarkan ialah berjumlah RM50 iaitu tiga pemenang memenangi RM10 dan 2 peserta bertuah yang menyertai peraduan ini akan mendapat RM10 [pilih guna random.org. Semua ada peluang untuk menang bukan?

Untuk menyertai peraduan ini, sila ikuti semua syarat-syarat berikut [macam banyak jer syarat]:

  • Buat satu entry bertajuk "Peraduan Ucapan Hari Lahir Sop". Buatlah ucapan yang best-best khas untuk Sop mengikut kreativiti anda. Ucapan paling best, kreatif, menyentuh kalbu akan dipilih pemenang. Keputusan adalah muktamad. Sebarang bantahan, sila kemukakan dengan cagaran RM200 [merapu sudah]
  • Sila masukkan URL ke entry peraduan ini
  • Sila masukkan banner peraduan di entry tersebut
  • Sila ajak rakan-rakan untuk turut sama sertai ucapan Hari Lahir Sop ini.
  • Kepada yang hendak follow atau like fan page SOP.NAME.MY amat digalakkan.
  • Tinggalkan URL entry anda ruangan komen entry ini.
Peraduan Ucapan Hari Lahir Sop bermula dari 10 hingga 30 September ini. Sebulan Sop sambut hari lahir [macam sambut Raya juga da..]
Ramai-ramai join peraduan ini supaya Sop pening memilih pemenang nanti [ader ker?] hehehhe
Paling penting, doakan yang baik-baik dalam ucapan tersebut [mesti ikhas doa tersebut yer :)]


EmoticonEmoticon