17 September 2012

Pemasangan karbinet dapur IKEA sendiri

Selamat sejahatera kepada semua rakan. Moga ceria-ceria selalu :)

Pembantu utama :)
Dapur IKEA menjadi idaman Sop sekian lama dan setiap kali ke IKEA akan meleleh air liur apabila melihat rekaan karbinet dapur IKEA [tipu, tidak sampai meleleh air liur.. hehehehe] Rekaan karbinet dapur IKEA bukan sahaja moden tetapi cukup ekslusif. Paling penting sangat pelbagai guna yang mana boleh disesuaikan dengan semua jenis rumah.

Harga yang ditawarkan mengikut kemampuan. Jika ingin mewah, pelbagai rekaan yang memberi kemewahan boleh dipilih. Bagi Sop, tawaran yang paling murah sudah memadai. Untuk lebih penjimatan, pemasangan sendiri adalah diperlukan.

Selepas membuat design yang dikehendaki, proses membeli barangan yang diperlukan mula dilakukan di  IKEA. Untuk memudahkan memilih barangan, sila dapatkan bantuan pembantu jualan IKEA. Beberapa cadangan boleh diberikan oleh beliau mengikut design anda.

Proses pemasangan dapur agar rumit kerana banyak alatan yang diperlukan terutama untuk memotong. Pastikan manual pemasangan yang disertakan dibaca sepenuhnya dan ikut arahan manual tersebut.

Dalam entry sebelum ini, Sop ada memaklumkan tentang projek pemasangan karbinet yang sedang berlangsung. Oleh kerana hanya membuat pemasangan sepenuhnya sendiri dan dibantu oleh Mrs Sop dan anak-anak, tempoh pemasanganya memakan masa seminggu. Lama bukan?

Gambar tangkap curi oleh Mrs Sop
Setiap malam, Sop akan memasang rangka terlebih dahulu. Pada hari minggu, baru Sop membuat pemotongan dan tebukan untuk karbinet dapur. Ini kerana di rumah Sop, kerja-kerja yang bising seperti menebuk, memaku, memotong adalah dilarang pada waktu malam dan hari Ahad. Hanya hari Sabtu sahaja masa yang Sop ada. Oleh kerana tidak siap sepenuhnya, Sop terpaksa cuti pada hari Selasa untuk siapkan sepenunya kerana pada hari Khamis Sop akan ke Kuala Terengganu.

Penat tak pasang karbinet dapur IKEA?
Mahu tidak penat, lenguh habis satu badan :) Namun berbaloi dengan usaha tersebut kerana kos untuk pemasangan karbinet dapur dari RM600 hingga RM1000. Paling penting, Sop sangat berpuas hati dengan hasil dari pemasangan tersebut :) Boleh juga asah bakat kontaktor dan keluarkan peluh! Hehehehe

Ini pasang karbinet atau bersilat?

Macam mana hendak pasang ni? ****

Alhamdulillah, semua usaha pemasangan berjalan lancar. Ada sendikit-sedikit masalah boleh diatasi dengan jayanya.

Hasil karbinet dapur Sop juga sangat memuaskan. Hehehehe

Tool box yang diperlukan

Pemasangan rangka
Rangka disambung


Setting kedudukan

Pemotongan untuk singki

2 mata gergaji mesin patah.,, aduihai,,.

Hasil pemasangan

Letih tetapi bila lihat hasill.. tersenyum :)

Design sepenuhnya IKEA

Paip air sahaja bukan IKEA

Sudah boleh guna selepas ini :)

2 comments:

  1. Smart la SOP cabinet ko. aku pun baru siap pasang. wall cabinet je belum. Sebab takut tertebuk paip dalam dinding tu. btw SOP vakum kan bleh sumbat masuk ke jigsaw tu. xde la berhabuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak taw plak pasal boleh sumbat vakum pada jigsaw tu.. hahaha
      terima kasih bro Ameer

      Delete


EmoticonEmoticon