Majlis cukur rambut Baby Auni

Selamat sejahtera kepada semua rakan. Miga ceria-ceria selalu :)

Masih lagi story mory di Kuala Terengganu semasa Aidilfitri yang lepas yang mana Majlis Cukur rambut Baby Auni telah diadakan. Majlis tidak dirancang yang mana hanya dicadangkan oleh ibubapa Sop bersama Majlis Khatam Al Quran adik Sop.

Majlis diadakan secara ringkas sahaja iaitu dimulakan dengan solat hajat, Majlis Khatam Al Quran dan Majlis Cukur Rambut.

Semasa hendak memulakan Majlis Cucur Rambut, keadaan agak kelam kabut kerana Baby Auni tidak dapat dikesan. Mulanya ada dibilik bersama adik Mrs Sop. Cari punya cari rupanya Baby Auni berada dalam kereta di luar rumah kerana ambil udara aircord. Adus, bikin gempak sahaja. Orang berzanji untuk memulakan acara gunting rambut tertunggu-tunggu kerana bayi hendak cukur rambut hilang. Heheheh

Abis majlis, tetamu pun menjamu selera.






Previous
Next Post »