27 September 2012

Gigi susu Azfar telah tercabut

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Gigi susu ialah gigi tidak kekal kepada kanak-kanak. Ini adalah gigi susu yang ke 4 telah dicabut Azfar. Sebelum ini 2 gigi susu bawah telah dicabut kerana gigi kekal telah keluar. Oleh kerana susah hendak dicabut sendiri, kami telah ke klinik untuk mencabut kedua-dua gigi tersebut.

Gigi susu yang ke 3 dan 4 hanya dicabut sendiri oleh Azfar setelah lama digoyang-goyangnya. Jika dicabut sendiri, selamat duit kerana kos mencabut gigi di klinik swasta ialah RM30 juga.

Lagipun gigi Azfar semua belum rosak. Semua masih elok cuma apabila tiba masanya akan longgar sendirinya kerana gigi kekal hendak kekuar.

Paling best ialah Azfar mahu letak gigi tersebut bawah bantal kerana esok pagi akan bertukar duit. Bila ditanya bagaimana boleh tahu perkara tersebut, dia jawab dari TV kartun yang ditengoknya. Kuat sungguh pengaruh kartun, bukan?

Sop biarkan sahaja sehingga pagi esok baru dia sedar gigi tersebut tetap akan jadi gigi. Lepas itu baru Sop terangkan yang kartun hanya hiburan dan menipu sahaja. Bila kartun, semua benda boleh jadi :)

Tugas ibubapa membetulkan apa yang telah dipengaruhi oleh TV bukan?




EmoticonEmoticon