04 September 2012

Blog Review: opZZpinky

Selamat sejahtera kepada semua rakan. Moga ceria-ceria selalu :)

blog opZZpinky
blog opZZpinky

Siapa suka pink?
Mesti ramai wanita suka dengan pink. Dari kecil hingga dewasa, bukan? Faktor mungkin pink sesuai dengan jiwa wanita yang lebut dan juga pendedahan awal dari kecil oleh ibubapa (macam Sop, baju/ pakaian baby Auni banyak warna pink)

Tidak hairan juga jika blog opZZpinky suka dengan warna pink, bukan?

Blog review kali ini ialah giliran blog opZZpinky yang terserlah dengan "kepinkyan" [ada ke bahasa nih?]
Pemilihan sesuai dengan nama blog dan sangat ceria. Mesti empunya blog juga ceria bukan? Boleh rasakan melalui entry yang ditulis.

Pemilik opZZpinky ini hebat dalam grafik dan pengubahsuaian blog, Jika ada yang berminat, boleh hubungi beliau kerana tawaran harga sangat minima. Siapa-siapa mampu :)


Hasil siasatan terhadap blog opZZpinky, hasil forensik [merapu plak dah] adalah seperti berikut:

  • Blog agak berat kerana penggunaan banyak widget. Widget yang kurang penting boleh dikurangkan
  • Penggunaan gambar yang bersaiz besar menambah jumlah berat blog. Boleh kecilkan kualiti untuk meringankan blog
  • Shoutbox kecil tidak papar link yang ditinggalkan tidak digemari oleh kaki BW [betul ker?]
  • Ruang iklan banner kurang sesuai pada pendapat Sop. Jika dimasukkan pada sidebar lebih menarik. Apabila laptop atau komputer saiz kecil, ia mengganggu paparan di sebalah kiri.
Dari segi lain, Sop tiada masalah dengan blog opZZpinky. Semua kelihatan menarik! Entry juga sangat bagus. Tahniah diucapkan kepada opZZpinky :)

Kepada rakan-rakan, mungkin mempunyai pendapat berlainan?
Jom terjah! :)


EmoticonEmoticon