Berada di Solaris Dutamas, Kuala Lumpur

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Pernah singgah di Solaris Dutamas?
Sop ini baru kali pertama ke sini kerana ada acara yang diadakan. Jika tidak, pasti tidak sampai lagi :)

Tempat yang baru dibuka di Jalan Duta berkongsep pejabat dan pusat beli belah. Paling menarik, ia bertingkat-tingkat dari sebelah timur hingga ke barat. Agak pening juga berada di sini kerana tidak pasti yang mana ground floor yang utama kerana ia mempunyai banyak groundfloor mengikut blok bangunan.

Mencari Solaris Dutamas tidak sukar tetapi hendak mencari tapak acara yang susah. Nasib baik peta disediakan, jika tidak pasti akan sesat barat :)

Ruang kedai hanya diruang bawah dan tingkat 1 blok. Di sini ada banyak blok bangunan dan setiap blok adalah bersambung. Hendak cerita pun pening. Hehehe

Di sini terdapat pelbagai jenis kedai yang menjual pelbagai barangan dari pakaian, perabot, klinik dan sebagainya. Semua kelihatan mewah dan mahal. Sesuai dengan kawasan ini kot (kawasan orang kaya hehehe)

Jika hendak melepak atau meronda rasanya tidak sesuai kerana kawasan yang besar dan luas. Kedai juga jauh antara satu sama lain. Rasanya waktu pejabat mesti ramai orang kerana setiap bangunan adalah pejabat di atasnya.

Jika hendak tahu lebih lanjut, sila-sila datang ke sini :)




Previous
Next Post »