29 August 2012

Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu

Selamat sejahtera kepada semua rakan. Moga ceria dan sihat selalu.

Entry yang masih berkaitan dengan Raya Aidilfitri 2012 di Kuala Terengganu iaitu aktiviti meronda di sekitar Kuala Terengganu. Kebetulan pada hari tersebut, kami sedikit kelapangan kerana persiapan untuk kenduri belum lagi bermula. Kesempatan itu juga Sop bawa keluarga mertua ke Taman Tamadun Islam Kuala Terengganu.

Sebelum singgah ke Taman Tamadun Islam, kami ke Kampung Losong terlebih dahulu untuk beraya di rumah atuk saudara mertua. Selepas itu, baru kami terus ke Taman Tamadun Islam untuk melihat Masjid Kristal.

Malu hendak mengaku sebagai anak Terengganu, ini baru kali pertama Sop singgah ke Taman Tamadun Islam. Malu tak? Orang negeri lain sudah berkali-kali singgah ke sini tetapi Sop baru pertama kali! Iks iks iks
Itu pun sebab keluarga mertua hendak melawat Masjid Kristal, jika harapkan Sop pasti hendak pergi pasti susah. Huhuhuhu

Kami ke Taman Tamadun Islam hanya melihat-lihat sahaja. Tidak masuk pun ke Taman Monumen :) Kemudian ke Masjid Kristal untuk melihat sekitar masjid dan sesi bergambar-gambar. Hajat hendak naik TTI Cruise tetapi anak-anak masih kecil, agak bahaya untuk bawa naik bot. Tinggu dorang besar dulu :)

Anda sudah pergi Taman Tamadun Islam?

Galeri gambar:

Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu

Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu

Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu

Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu

Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu

Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu

Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu

Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu


EmoticonEmoticon