Sop pengguna Happy di Kuala Terengganu

Selamat sejahtera kepada semua rakan. Salam Aidilfitri.

Hari ini adalah hari ke 3 Sop berada di kampung selepas balik pada Selasa lepas. Sejak dari lebuhraya pantai timur, Sop terus sambungan internet kerana U Mobile hanya setakat Kuala Lumpur sahaja.

Berada di Kuala Terengganu dengan U Mobile hanya boleh menggunakan perkhidmatan 2g sahaja iaitu call dan SMS. Hari pertama masih ok, hari kedua agak janggal dan hari ketiga terpaksa beli talian lain yang ada liputan.

Pada asalnya Sop mencari staterpack DiGi kerana di kampung Sop telah ada liputan 3g. Jika sebelum ini hanya kelajuan E sahaja tetapi telah dinaiktaraf. Terbaek! Pergi ke kedai tengok tiada jual DiGi. Rupanya di Pantai Timur tiada DiGi tetapi Happy. Aduhai, tidak tahu lah pula!

Bila sudah beli staterpack Happy, bila hendak tukar perlu guna micro sim. Hari itu semasa beli S3, kedai Samsung yang buatkan. Malam tadi terpaksa memotong sim card untuk dijadikan micro sim. Pakai belasah sahaja, kalau tidak jadi buang sahaja sim tersebut.

Mula-mula masih tidak berjaya. Walaupun telah dimasukkan sim tetapi masih tidak kesan network. Terpaksa potong dan potong lagi. Rasanya esok perlu ke kedai beli sim kad baru dan minta kedai tolong potong :)

Namun akhirnya berjaya berkat usaha dan tawakal. Network Happy berjaya dipaparkan. Lega (tarik nafas)

Ikuti pengalaman menggunakan talian Happy dalam entry seterusnya.


Previous
Next Post »