Pantai Kemasik - Rest, Relax & Recreation

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Entry yang agak back dated yang mana berkisah Diari Aidilfitri tahun ini. Raya sebulan bukan? Entry raya pun boleh buat sebulan juga [hehehehe]

Pantai Kemasik - Rest, Relax & Recreation
Pantai Kemasik - Rest, Relax & Recreation
Siapa pernah singgah Pantai Kemasik - Rest, Relax & Recreation?
Sop dulu ada juga singgah, masa itu pantai Kemasik ini belum lagi dinaiktaraf. Dulu masa berjalan dengan keluarga [zaman kecil dan bujang], jika ke Kuantan atau Kuala Lumpur, ayah Sop suka berhenti di pantai-pantai untuk singgah makan. Dulu tiada kedai atau gerai seperti sekarang, jadi perlu membawa bekalan makanan.

Sekarang ini, Pantai Kemasik telah dinaiktaraf menjadi tempat berehat, beriadah dan rekreasi. Sudah cantik dan dilengkapi dengan kemudahan seperti gerai makanan, tandas awak, tempat berehat, parking, pondok, dan tapak permainan. Sungguh untuk selesa bagi yang hendak berehat terutama yang dalam perjalanan.

Sop lihat, penduduk setempat pun ramai yang melepak dan berehat di Pantai Kemasik tersebut.

Permandangan juga menarik dengan pantai sedikit berbatu dan kawasan kuala yang dipenuhi dengan bot serta perahu.

Kami singgah semasa pejalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu pada Raya ke 3. Entry tentang perjalanan bermuka boleh di baca di entry "Perjalanan balik kampung Terengganu" Semasa singgah berehat dan makan-makan, Azfar dan Azwar sempat bermain di tapak permainan dengan gembiranya. Mungkin bosan telah berada lama dalam kereta. Hhehehe

Bagi yang melalui Pantai Kemasik, pastikan anda singgah ke sana. Ambil tenaga dengan berehat dan menghirup udara segar pantai. Jika dahaga atau lapar, boleh singgah ke kedai makan yang terdapat di situ :)

Galeri gambar:

Pantai Kemasik - Rest, Relax & Recreation

Pantai Kemasik - Rest, Relax & Recreation

Pantai Kemasik - Rest, Relax & Recreation

Pantai Kemasik - Rest, Relax & Recreation



Previous
Next Post »