07 August 2012

Mesej link exchange PR tinggi di Shoutbox

Mesej Link exchange
Mesej Link exchange

Selamat sejahtera kepada semua rakan. Moga sihat-sihat selalu.

Pernah mendapat mesej di shoutbox untuk berkongsi link atau link exchange dengan blog/web mempunyai PR tinggi?
Apabila melawat link yang ditinggalkan di shoutbox, memang blog tersebut mempunyai PR yang tinggi seperti 3,4 atau 5. Apabila melihat mesej tersebut, pasti kita berminat bukan?
Lagipun memang banyak link blog atau web yang tersenarai di blog tersebut.

Menjadi persoalan, adakah link exchange benar-benar terjadi?
Adakah URL anda tersenarai diblog beliau setelah anda memasukkan link dia?

Selepas memasukkan link blog beliau, anda tinggalkan mesej ke shoutbox dan minta beliau melakukan perkara yang sama. Setiap hari anda semak tetapi link masih tidak dimasukkan. Akhirnya anda tahu yang anda telah tertipu.

Kesan di sini yang diperolehi oleh beliau ialah mendapat backlink dari kita. Keduanya mendapat trafik apabila tiap-tiap hari kita melawat blog beliau untuk memastikan link exchange telah berlaku. Siapa yang untung? Heheheh

Risiko apabila blog yang ditawarkan entah dari mana tanpa kita kenali. Sop pernah mencuba kerana terpengaruh untuk mencari backlink dari blog yang mempunyai PR yang lebih tinggi. Akhirnya sedar yang link exchange tersebut penipuan sahaja. Benci bila kena tipu bukan? Heheheh

Biasanya kes-kes begini bukan dari blogger Malaysia kerana blogger kita semua bagus-bagus. Betul tak?

Oleh itu, berhati-hati dengan tawaran link exchange yang entah dari mana :)

Terima kasih membaca entry ini :)


EmoticonEmoticon