02 August 2012

Kemaskini Google PageRank sop.name.my

Selamat sejahtera dan salam Ramadhan kepada semua rakan.

Sudah semak Google Pagerank blog anda?
Google telah membuat kemaskini PageRank pada hari ini [2 Ogos 2012]. Selepas tahu mengenai perkara tersebut, Sop terus membuat semakan. Sejak dari penukaran domain sop.name.my Jun lepas PageRank ialah 0 sahaja.

Semasa mendapat tahu kemaskini Google Pagerank tersebut, harapan Sop ialah boleh naik Google Pagerank dari 0 kepada 1. Tekaan Sop meleset, rupanya Google Pagerank jauh dari 0. Blog sop.name.my rupanya diberi PR3. Gembira tidak terkira dengan pemberian PR3 ini!

Sebelum ini, domain blog gnesop.com hanya PR2 untuk 4 tahun dan tidak naik-naik selepas itu. Ini adalah pencapaian yang sangat membanggakan pada diri sendiri dan satu pencapaian baru.

Usaha keras selama ini mengembalikan backlink dan trafik membuah hasil. Dalam 2 bulan ini, Sop terpaksa bertukus lumus sehingga tidur lewat. Nampaknya usaha Sop membuahkan hasil.

PageRank Checking Icon

Hasil pencapaian PR3 ini Sop dapat rumuskan dari proses seperti berikut:

  • Membina backlink
  • Menghantar ke directory
  • Menyertai peraduan - peraduan SEO, cabutan bertuah
  • Meninggalkan komen
  • Membuat entry berterusan
  • Aktif blogwalking
  • Ping blog
  • Share ke lama sosial
Penganugerahan PR3 ini menaikkan semangat Sop untuk terus aktif. Sekarang ini Sop akan fokus untuk mendapatkan trafik yang lebih tinggi. Masih agak rendah berbanding dengan domain lama gnesop.com pencapaian trafik. Penetapan sasaran amat penting untuk memastikan kita berusaha untuk mencapai sasaran tersebut.

Bagi yang belum lagi semak status Google PageRank, boleh buat demikian melalui kod di bawah:


Check Page Rank of your Web site pages instantly:
This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service
Semoga dengan PR3 ini, rakan-rakan juga bersemangat untuk sertai Segmen Review Blog yang baru Sop lancarkan semalam. Dah join?

5 comments:


EmoticonEmoticon