11 August 2012

Iklan Raya 2012 - Bernas atau Petronas?

Antara iklan Raya 2012 Petronas dengan Bernas, mana paling best?
Ada yang sokong iklan Bernas? Dan ada yang suka iklan Petronas bukan?

Sop percaya ramai yang sokong iklan Raya 2012 oleh Bernas kerana sangat menyentuh hati penonton. Penggunaan OKU sebagai pelakon yang mempunyai semangat persahabatan. Paling menyentuh apabila dengan sukar payahnya mereka balik ke kampung untuk melawat kubur arwah emak Fizi. Dengan serba kekurangan dan kepayahan, mereka bersatu untuk balik ke kampung hanya untuk menziarahi kubur ibunya. Bagaimana pula kita?

Jom layan Iklan Raya Bernas 2012 bagi yang belum menonton:


Iklan Raya yang memberi penuh makna dan kesedaran kepada penonton. Dalam kita bergembira, jangan dilupa pada yang berduka. Bagi yang kesulitan, percayalah ada yang lagi sukar dari kita seperti Ahmad dan Fizi.

Apa pendapat anda dengan iklan Raya 2012 oleh Bernas?
Ada lagi iklan yang memberi menyentuh kalbu kita? Semoga lebih banyak iklan-iklan Raya yang memberi pengajaran, kesedaran dan keinsafan kepada kita, bukan hanya iklan seronok-seronok beraya :)

Sop vote untuk iklan Raya Bernas! Terbaek!

Bagi yang belum menonton iklan Raya 2012 Petronas, sila lawat di sini.


EmoticonEmoticon