Hotel Concorde Inn Sepang 2012

Selamat sejahtera kepada semua rakan. Moga ceria-ceria selalu :)

Hotel Concorde Inn telah beberapa kali Sop berada di sini dan untuk tahun ini adalah yang pertama. Oleh kerana telah ada banyak entry sebelum ini, tidak perlu Sop review banyak bukan?

Hotel Concorde Inn Sepang tahun 2012 masih sama seperti tahun-tahun sebelum ini yang mana maintenance dijaga dengan baik. Kualiti, keindahan, peralatan masih lagi baik. Terdapat sesetengah hotel tidak dijaga dengan baik sehingga dimamah usia semua perabut, perkhidmatan, keceriaan sehingga menjadikan hotel tersebut jauh ketinggalan.

Keunikan Concorde Inn Sepang ialah ia berada berhampiran dengan KLIA menjadi transit kepada semua pelancong. Ia juga hotel tidak bertingkat, semua bilik ialah di aras bawah.

Makanan di Concorde Inn Sepang memang sedap. pelbagai jenis makanan disediakan untuk makan tengah hari. Jika hari biasa pun sudah banyak jenis makanan, kalau bulanpuasa lagi banyak bukan?

Ikuti entry berbuka di Concorde Inn Sepang pada entry akan datang.







Previous
Next Post »