Pendapatan Google Adsense meningkat 100%

Selamat sejahtera kepada semua rakan. Moga ceria-ceria selalu :)

Google Adsense salah satu pengiklanan yang mampu memberi pulangan yang lumayan jika dibuat dengan betul. Ada laman web yang mampu menjana ribuan ringgit sebulan dengan Google Adsense ini.

Sop tidaklah sampai menjana beribu-ribu dengan Google Adsense tetapi sekadar mampu mendapat cek setahun sekali. Pendapatan sampingan, sikit-sikit pun lama-lama menjadi bukit bukan?

Kenapa pendapatan Google Adsense Sop rendah?
Google adsense menggunakan sistem pendapatan per klik mengikut harga keyword yang dibeli oleh pengiklan. Ada iklan yang menawarkan keyword $50 hingga $100 keyword. Bagi yang betul-betuk serius dengan penjanaan duit Google Adsense ini, mereka akan sentiasa menganalisis keyword yang tinggi dan membina web atau blog berdasarkan keyword tersebut. Ia juga berkaitan dengan geological iklan yang mana tidak semua negara yang mempunyai harga keyword iklan yang tinggi. Contoh di Malaysia, pengiklan Adword kebiasaan hanya memilih pakej yang terendah. Selain itu, menggunakan platform blogspot kadar peratusan pendapatan Google Adsense akan lebih rendah bebanding menggunakan web atau blog hosting sendiri :)

Sebelum domain gnesop.com diblacklist oleh Google, pendapatan harian Google Adsense boleh dijana setiap hari [walaupun hanya beberasa sen :)] tetapi prestasi merundum jatuh selepas gnesop.com disenarai hitam. Ini kerana hanya blog http://gambarmewarna.blogspot.com yang menjana pendapatan Google Adsense. Trafik blog gambarmewarna.blogspot.com tidak begitu banyak jadi jumlah pendapatan terkumpul agak perlahan.

Oleh sebab itu, Sop mengambil tindakan untuk menukar domain blog kepada sop.name.my. Sop bertuah kerana hanya domain yang disenarai hitam dan bukanya akaun Google Adsense. Jika tidak, menangis tidak berlagu lah :) Akaun Google Adsense sangat sukar untuk diperolehi sekarang ini berbanding dulu. Akaun Google Adsense Sop telah dapat sejak tahun 2000 lagi yang mana dahulu tidak susah seperti sekarang. Bezanya dulu iklan Google Adsense hanya keluar pada laman web Bahasa Inggeris. Sekarang ini sangat bertuah kerana web atau blog Bahasa Melayu mampu keluar iklan tanpa perlu greyhat (ubat koding iklan Google Adsense.

Bagi yang telah mendapat akaun Google Adsense pastikan dijaga dengan baik kerana jika disenarai hitam, pengguna tidak lagi boleh memutihkan akaun Google Adsense tersebut :) [garu kepala]

Berikut adalah langkah memastikan akaun Google Adsense tidak disenarai hitam (block):

  • Klik iklan sendiri - Google sangat sensetif perkara ini untuk menjaga hak pengiklan
  • Blog atau web langgar peraturan seperti hacking, langgar hak cipta [movie, muzik, aplikasi dll], perkauman, perusuh dan sebagainya
  • Ubah koding iklan - ada yang membuat hack pada kod iklan untuk mendapat keywords yang mahal
  • Setting iklan yang mengelirukan pembaca - membuat pop up, jadikan iklan sebahagian dengan web
Oleh itu, pastikan anda mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh Google.


Pendapatan Sop sebelum ini hanya $8 sebulan dan selepas memasukkan Google Adsense ke blog sop.name.my kini telah meningkat 100% kepada $18. Semoga pretasi akan terus meningkat dan mampu mendapat cek tahun ini. Last Sop menerima cek Google Adsense ialah bulan 6 tahun lepas. Lebih setahun sudah! Hehehe

Ini bermakna tindakan Sop menukar domain adalah tindakan yang betul bukan? [sengih]

Terima kasih kerana membaca entry ini :)
Previous
Next Post »

2 comments

Write comments
Yanmie
AUTHOR
02 August, 2012 08:22 delete

Salam,

Mujur juga web yang di blacklist dan bukannya akaun adsense, kalau tak menangis air mata darah pun tak dapat balik.

Kenapa tak guna Option Western Union? lagi cepat, cukup je 30 hari dah boleh ambil duit kat WU tu hanya dengan menyalin/print no mctn dan alamat google untuk di isikan pada form WU tu nanti, sebabnya dengar kata kalau guna option cek ni lambat dan memakan masa yang agak lama untuk sampai, dah tu nanti time clearkan cek tu nanti kena caj lagi. kalau guna WU hanya perlu bayar 50 sen untuk proses (kalau pejabat pos, bank tak tau sebab biasa ambil duit di WU pejabat pos).

Apa pun semoga sukses selalu, banyak juga tu naiknya dalam masa sebulan, kalau maintain dan boleh up lagi tak mustahil boleh cashout setiap bulan :)

www.yanmieonline.com

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
02 August, 2012 08:30 delete

terima kasih kak yanie atas info. cek biasa x lama dalam 2 minggu dah dapat tp nak cashout hampir sebulan. cas bank mmg mahal lebih kurang rm25 (maybank). utk terbaru nih akan cuba WU gak seperti cadangan sis :)

Reply
avatar