Blog Review: Teratak Mawaddah

KASIH HINGGA KE SYURGA

Di sini
Kasih berputik
Hingga tersimpul ikatan cinta
Antara dua jiwa
Yang ingin menggapai redhoNya

Ya Allah...
Suburkanlah kasih-sayang kami
Kekalkanlah bahagia ini
Tetapkanlah hati-hati kami
Untuk menuju destinasi abadi

Kanda...
Cintailah dinda seadanya
Sambutlah tangan dinda
Pimpinlah dinda ke jalanNya
Biar kita bersatu
Hingga akhirnya
Berkeluarga hingga ke syurga

- ummuAuni -
http://mawaddahrahmat.blogspot.com/
http://mawaddahrahmat.blogspot.com/

Blog review kali ini diteruskan dengan blog Teratak Mawaddah. Blog yang cukup lembut dipandang dengan bertemakan warna ungu. Sedikit info tentang blog Teratak Mawaddah:

"Blog yang kami abadikan dengan nama Teratak Mawaddah ini juga, adalah blog peribadi. Segala tulisan, nukilan dan pandangan yang dicatat di dalam blog ini hanyalah hak milik penulis 100%. Namun, jika kami ambil dari mana-mana artikel, kami akan sebutkan sumber asalnya. Teratak Mawaddah ini akan kami wariskan kepada zuriat kami hingga generasi seterusnya..insyaAllah"

Blog Teratak Mawaddah masih boleh dipertingkatkan dari segi trafik dan juga paparan. Berikut adalah cadangan dari Sop:

  • Saiz blog sedikit besar melebih saiz screen
  • Shoutbox Fibox sangat bermasalah sekarang ini (faham-faham jer yer.. hehehe)
  • Related post/entry membantu promosi entry lain
  • Tingkatkan SEO dengan memperbanyakkan backlink, kecilkan saiz blog 
  • Penggunaan tajuk entry yang lebih menarik (jangan terlalu ringkas)

Pencapaian berdasarkan Alexa adalah seperti berikut:

Alexa Certified Traffic Ranking for www.mawaddahrahmat.blogspot.com

Teruskan menulis kepada Mama Auni. Sop boleh rasakan tujuan utama Mama Auni menulis iaitu untuk diri sendiri dan keluarga. Tujuan utama Sop menulis juga sebagai diari online dengan harapan anak-anak boleh membacanya perkembangan keluarga, perkembangan mereka suatu hari nanti :)

Kepada rakan-rakan, jom terjah blog Teratak Mawaddah. Nyatakan pendapat anda tentang blog Teratak Mawaddah. Adakah anda bersetuju dengan Sop?
Previous
Next Post »