Blog Review: Secrets of A Teenage Girl

Salam sejahtera kepada semua rakan.

Blog Review kali ini diteruskan dengan blog Secrets of A Teenage Girl selepas 4 hari bercuti kerana menyambut Raya Aidilfitri. Jika Raya sahaja mungkin tiada masalah untuk Sop buat review tetapi apabila ada kenduri perkahwinan adik, jadi agak sibuk semasa balik ke kampung. Dari pagi hingga ke malam ada sahaja persiapan yang perlu dibuat [akan diceritakan dalam entry lain].
Profile

Ingin mengetahui Rahsia Lyana?
Jika hendak tahu, kenalah ke blog Secrets of A Teenage Girl :)
Jom berkenalan dengan Lyana dahulu sebelum ke blog beliau.

Nurul Lyana Kamaruszaman. 21. Panggil Lyana sudaaaahhh.... Still new here. So much to learn from senior2 blogger.. Jangan segan2 follow sini ya. Thank you very much! ;)

Comel kan Lyana? Kalau berkenan, kena tunggu dahulu yer kerana Lyana masih belajar. Tunggu Lyana abis belajar, sudah kerja, baru pergi jumpa ibubapa Lyana [pandai-pandai jer Sop] Hehehehe

Lyana perlukan review blog beliau untuk penambahbaikkan. Jadi rakan-rakan boleh beri cadangan dan pendapat untuk menjadikan blog beliau lebih mantap.
http://pinksolovely.blogspot.com
http://pinksolovely.blogspot.com

Pada pandangan Sop, blog Lyana tiada masalah dari segi template kerana susunan dan setting adalah baik. Bloh kelihatan kemas dan menarik. Pemilihan warna juga sesuai dan menarik. Malah loading blog juga ringan. Banyak setting juga Lyana telah buat. Tahniah buat Lyana :)

Cadangan dari Sop ialah boleh dimasukkan related post, main menu dan social sharing seperti LIKE Facebook, Twitter dan sebagainya.

Blog Lyana baru bermula dari Julai tahun ini. Teruskan menulis untuk menambah entry dan pastikan penulisan menarik dari segi tajuk dan juga isi. Konten adalah nadi kepada sesebuah blog. Setakat ini, Sop lihat Lyana aktif menulis. Kekalkan semangat tersebut hingga bila-bila bukan masa awal berblog sahaja.

Ucapan Sop, selamat maju jaya dalam dunia blogging :)

Kepada rakan-rakan, jom terjah blog Lyana dan nyatakan pandangan anda pula. Lawat blog Lyana di http://pinksolovely.blogspot.com
Previous
Next Post »