Blog Review: AJOSCHANNEL

http://ajoschannel.blogspot.com/
Blog AJOSCHANNEL

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Blog Review diteruskan dengan hari ini giliran blog AJOSCHANNEL. Bertemakan EVERYTHING FOR SHARING, blog AJOSCHANNEL sentiasa berkongsi sebarang info, gambar, maklumat, berita yang menarik kepada pelawat blog beliau. Antara kategori yang menarik yang terdapat dalam blog AJOSCHANNEL adalah seperti berikut:

  • entertainment, 
  • food, 
  • information, 
  • islam, 
  • personal, 
  • segmen, 
  • sports,
  • tutorial, 
  • weird, 
  • wordless wednesday [berdasarkan laber]


Sop kategorikan blog AJOSCHANNEL blog copy paste [jangan marah yer Bro] kerana kelihatan semua entry terus diceduk dan masukkan ke dalam blog. Blog seperti ini memang banyak ada dibina oleh blogger-blogger dan untuk itu, bro Ajos perlu bersaing untuk mendapat tempat dalam SEO. Trafik akan mudah masuk dengan membuat blog informasi seperti ini.

Dari segi Google, blog copy paste susah mendapat tempat kerana akan dikesan duplicate konten dan jika mohon akaun Google Adsense mesti tidak lepas [kalau mohon lah.. hehehe]

Cadangan Sop, pengolahan entry dengan ayat sendiri lebih baik. Sop lihat blog informasi yang selalu mendapat tempat ialah blog yang mengolah dengan ayat sendiri. Mungkin sumber sama tetapi tidak terus copy dan paste. Selain itu, blogger akan mudah bosan dengan blog sendiri kerana tiada identiti kecuali mendapat rangsangan lain seperti pendapatan, sokongan dan sebagainya.

Penggunaan template, Sop suka dengan warna hijau tersebut. Sejuk dan tenang! Template dari PBT memang terbaik dan Sop ada menggunakan beberapa templatenya. Dari segi setting, kebanyakkan template dari PBT mesra SEO, ringan dan menarik.

Tambahan kepada template ialah masukkan main menu untuk memudahkan pelawat melihat kategori lain. Lain-lain tambahan, Sop minta geng terjah bagi pandangan.. [hehehehe]

Kepada rakan-rakan yang belum lagi pernah singgah blog AJOSCHANNEL, sila lawat segera dan pastikan menjadi follower blog AJOSCHANNEL juga :)
Previous
Next Post »