02 August 2012

Blog Review: 1 Hari 1 Blog

UPDATE: Penyertaan telah ditutup [18 Ogos 2012] 

Penyertaan akan dibuka semula selepas semua review telah dibuat [50 blog]

Blog Review
Blog Review bermula

Selamat sejahtera kepada semua rakan. Moga ceria-ceria selalu :)

Seperti tinjauan dalam entry sebelum ini "Akan kembali - Segmen blog review", Sop mendapat maklumbalas positif dari rakan. Dengan itu, bermulanya penyertaan Blog Review: 1 Hari 1 Blog di blog sop.name.my.

Bagaimana hendak sertai blog review ini?
Ikuti syarat mudah berikut untuk sertai blog review seperti berikut:

  • Buat 1 entry bertajuk "Blog Review di blog sop.name.my"
  • Masukkan banner Blog Review: 1 Hari 1 Blog pada entry tersebut
  • Sertakan link entry ini pada banner atau entry
  • Tinggalkan URL entry anda di ruangan komen.
Mudah bukan?

Syarat tidak wajib [tak buat pun tak apa] ialah:
  • Like entry/fan page
  • Follow blog ini (inform yer untuk Sop follow blog anda balik)
  • Share pada laman sosial
  • Tag kawan-kawan
  • Letak banner pada sidebar
[banyak pula syarat tidak wajib yer? sunnat jer tu, kalau buat dapat pahala :) Hehehe

Geng terjah
Rakan-rakan yang berminat untuk menjadi geng terjah, hanya perlu lawat blog yang direview dan beri komen membina. Geng terjah akan disenaraikan diside bar dan bawah entry. 

Jenis blog review
Sop akan cuba membuat review berbeza-beza mengikut kesesuaian blog. Pandangan dan pendapat akan diberikan jika perlu. Pandangan tersebut tidak semestinya diikut oleh pemilik blog kerana ia hanya sebagai pendapat peribadi. Sop bukan seorang yang pakar untuk memberi pandangan yang terbaik :)

Tarikh mula publish blog review ialah pada 4 Ogos 2012. Tarikh tamat ialah selesai semua blog review.
Jumlah penyertaan bergantung kepada kemapuan Sop. Jika terlalu ramai penyertaan, permohonan akan ditutup sementara :) [karang tahun 2015 pun belum habis review.. heheheh]

Apa tunggu lagi, sertai sekarang!


EmoticonEmoticon